Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Simpanan Persaraan: Jangan Tunggu Sampai Terlambat!

BY Team Loanstreet

Updated 26 May 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Topik simpanan persaraan ni mungkin bukan sesuatu yang hot dalam kalangan anak muda. Nak merancang 5 tahun ke depan pun susah, apatah lagi 50 tahun! Tapi realitinya, menurut KWSP, kebanyakan pesara habiskan RM150,000 simpanan mereka dalam tempoh 3-5 tahun pertama bersara. Kalau korang rasa boleh ada berjuta-juta ringgit bila umur 60 nanti, takpelah! 

 

Tapi kalau nak lebih selamat, elok juga tengok alternatif lain macam Skim Persaraan Swasta (PRS). Jom kita tengok apa yang PRS boleh offer!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Pilihan pelaburan fleksibel

 

Salah satu kelebihan adalah fleksibiliti untuk memenuhi tahap risiko  pelbagai. PRS membenarkan pelabur untuk melabur dana yang sesuai dengan takat risiko yang diterima. Bagi pelabur yang memerlukan pelaburan syariah, terdapat pelbagai pelaburan islamik denagan risiko yang sesuai. 

 

 

Ini menjadikan PRS sangat berpatutan dan fleksibel, korang memiliki kebebasan dalam masa untuk melabur, jumlah untuk dicarum dan juga boleh melabur dalam pelbagai dana pada sesuatu masa yang sama.

 

2. Penjimatan dari cukai

 


Satu lagi tawaran menarik dari PRS adalah pengecualian cukai sehingga RM 3000 setiap tahun bagi 10 tahun pertama, ditambah lagi pengecualian cukai untuk KWSP.  Sebagai contoh, sekiranya korang termasuk kedalam kategori 26% cukai dan menyumbang RM 3000 ataupun lebih, korang akan mendapat pengecualian cukai maksimum RM 3000 dan penjimatan cukai sebanyak RM 780 (26% darab RM 3000). Pendapatan anda dari PRS juga dikecualikan cukai . 

 

Pemilik syarikat yang menyumbang kepada pekerja juga mendapat pengecualian cukai dari sumbangan melebihi kadar yang ditetapkan oleh KWSP, sehingga 19% dari sumbangan.

 

3. Pengeluarn tunai dari akaun PRS

Sumber imej: PPA

 

Pelaburan kedalam akaun PRS akan dibahagi kepada 2 bahagian, iaitu akaun A (70%) dan akaun B (30%). Pelaburan akan menggunakan jumlah keseluruhan dalam simpanan tetapi dibahagikan kepada 2 bahagian untuk tujuan pengeluaran. Korang boleh membuat pengeluaran apabilan umur mencecah 55 tahun, berhijrah ke luar negara ataupun meninggal dunia. 

 

Walaubagaimanpun, korang boleh mengeluarkan dana dari akaun B sebelum persaraan. Perlu dingatkan bahawa penalti cukai sebanyak 8% berdasarkan jumlah yang dikeluarkan. Tidak seperti KWSP, dimana akaun 2 boleh dikeluarkan tanpa dikenakan cukai. Untuk maklumat lanjut tentang pengeluaran KWSP, korang boleh merujuk disini.

 

4. Kekurangan

 

Walaupun pelbagai kelebihan ditawarkan oleh PRS, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Apabila korang membandingkan PRS dan KWSP, dimana KWSP memiliki minimum dividen senbanyak 2.5%, ahli PRS mungkin tidak menerima pulangan ataupun mencatat pulangan negatif apabila dana tidak mencatat keuntungan. KWSP pula akan memberi pulangan sekurang-kurangnya 2.5% walaupun KWSP tidak menjana sebarang keuntungan.

 

Jadi, berbaloi tak simpan dalam PRS?

 

Semakin ramai anak muda sedar tentang kepentingan simpanan persaraan. Statistik dari PPA tunjukkan bahawa peratus ahli PRS dalam kalangan belia berusia 20-30 tahun, meningkat daripada tahun sebelum ni. Walaupun, masih ramai yang tak cukup simpanan bila dah bersara. Kami cadangkan untuk nak selamat, penting untuk ada portfolio pelaburan sendiri supaya nilai duit tak ditelan inflasi.


Nak tahu PRS lebih bagus atau KWSP lagi padu? Baca artikel penuh perbandingan KWSP vs PRS!


Dan kalau rasa artikel ni berguna, jangan lupa share dengan kawan-kawan dan family! 


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

kad kredit, fraud, phishing, skimming, kecurian identiti

Cara Elak Penipuan Kad Kredit yang Kerap Berlaku di Malaysia

5 benda yang korang mungkin tak tahu pasal KWSP

Apa Itu KWSP? 5 Perkara Yang Korang Mungkin Tak Tahu