1. Jangan tukar kerja waktu dalam proses permohonan pinjaman
Kalau korang baru kerja 3 bulan kat tempat baru dan masih lagi dalam tempoh percubaan, korang tak dikira sebagai pekerja tetap sebab ada kemungkinan untuk korang diberhentikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Jadi, lagi baik korang mohon pinjaman perumahan time masih kerja kat tempat sedia ada. Lepas pinjaman dah diluluskan, pinjaman korang tu takkan terjejas kalau korang nak pindah kat tempat kerja baru.
2. Ukur baju di badan sendiri

Pengaruh kawan pun mainkan peranan jugak dalam pembelian hartanah. Banyak kes pembeli hanya mampu beli hartanah RM300,000 tapi buat pilihan yang berharga RM600,000. Ansuran bulanan pun akan jadi mahal dua kali gandalah.
Disebabkan bank ada kaedah pengiraan yang ketat sebelum luluskan permohonan, pinjaman gadai janji korang mungkin ditolak atau marginnya dipotong. Kalau terjadi kes macam ni, jalan penyelesaian terbaik adalah buat pinjaman bersama sebab akan ada dua saluran pendapatan untuk bayaran semula. Cumanya, pastikan kawan korang tu ada pendapatan tetap.
3. Tak payahlah cuba kelentong bank

Kalau korang bercadang nak beli beberapa hartanah dengan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan, baik fikir semula. Bank akan check rekod CCRIS korang sebelum luluskan pinjaman. Besar kemungkinan permohonan akan direject kalau bank dapat tahu yang korang merancang untuk beli hartanah dan menambah beban hutang.
Bank jugak berhak untuk turunkan had pinjaman seperti yang dinyatakan kat dalam surat tawaran. Jadinya, lebih korang fikir semula plan nak beli hartanah, terutamanya kalau melebihi had kelayakan korang.
4. Jangan sesekali jadi penjamin
Tapi, permohonan pinjaman diorang kena reject dengan alasan wanita tersebut adalah seorang penjamin untuk pinjaman sewa beli adik dia. Kereta yang adik dia beli tu pulak kena tarik dengan bank, habis terjejaslah permohonan pinjaman wanita tersebut.
5. Jangan palsukan dokumen

Ada jugak sejenis individu bagi dokumen palsu sebab susah sangat nak dapatkan kelulusan pinjaman. Sebenarnya, memang wujud operasi pemalsuan dokumen ni dan diorang boleh buat untuk peminjam.
Tapi, bank tak bodoh lah. Mana-mana institusi kewangan pun akan check betul-betul dulu sebelum luluskan sebarang pinjaman. Sejak dua menjak ni, penyiasatan diorang jadi makin ketat, jadi, kalau kantoi, korang boleh kena dakwa di bawah kesalahan jenayah.
6. Orang tamak selalu rugi

Sifat tamak ni kat mana-mana pun ada dalam pasaran hartanah tapi untung nasib yang baik tu susah nak dapat. Zaman sekarang, ada orang tak beli hartanah ikut kemampuan tapi pilih untuk cuba nasib dengan beli 5 hartanah sekaligus.
Kebanyakannya nak kejar impian jadi kaya-raya dalam sekelip mata dengan guna taktik yang tak berapa bijak ni. Kalau nasib diorang baik, boleh lah terus jadi jutawan segera, tapi kalau nasib tak berapa baik? Putih lah mata korang.
7. Elakkan berhutang

Lagi banyak korang berhutang, lagi susah nak dapat kelulusan untuk pinjaman. Bentuk hutang macam pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan seumpamanya diambik kira dalam Nisbah Pembiayaan Hutang (Debt Service Ratio (DSR)) dan ianya bagi kesan terhadap permohonan korang.
Nilai DSR yang tinggi akan menyebabkan permohonan korang ditolak, kalau lulus pun dengan margin rendah. Satu-satunya cara nak dapatkan kelulusan pinjaman adalah dengan tak banyak berhutang. Jadi, langsaikan dulu kesemua hutang yang ada sebelum buat permohonan pinjaman baru.
8. Kurangkan penggunaan kad kredit
Pembelian yang belum berbayar ni dikira sebagai hutang dan bank akan ambik kira 5% dari tunggakan hutang kad kredit ni. Kalau penggunaan sampai melebihi 70% dari had yang ditetapkan, korang dikira sebagai individu berisiko tinggi walaupun ada buat pembayaran minimum 5% setiap bulan. Konfirm lah perkara ni akan jejaskan permohonan pinjaman korang.
9. Tapi kalau takde hutang langsung pun tak boleh jugak

Kenapa pulak? Bukan ke kalau takde hutang lagi bagus supaya senang permohonan pinjaman diluluskan? Tak jugak sebenarnya. Bagi bank, kalau korang takde sebarang kemudahan kredit bermakna korang takde apa-apa rekod pembayaran semula. Susah lah untuk bank tentukan sama ada korang ni jenis yang akan bayar hutang dengan segera atau tak.
Bank tak dapat nak kenal korang sebab rekod CCRIS terlalu bersih. Tapi, janganlah risau, senang je nak selesaikan perkara ni. Buat je permohonan untuk satu atau dua kemudahan kredit. Tapi ingat, korang kena bayar semula tepat pada masanya sebelum tarikh habis tempoh. Dengan ini, akan wujud rekod yang menunjukkan rekod pembayaran hutang korang.
10. Bayar hutang tepat pada waktunya
Bank akan takut untuk meluluskan pinjaman sebab terbukti yang korang jenis yang tak bayar hutang. Fikir balik, sanggup tak korang pinjamkan duit kat orang yang liat nak bayar hutang? Konfirm lah tak kan, sama lah macam bank jugak.

Dengan patuhi 10 peraturan ni, ianya akan membantu permohonan kali pertama korang diluluskan. Sekiranya ada kelemahan kat mana-mana satu peraturan, cuba perbaiki jugak kewangan peribadi sebelum korang buat pinjaman perumahan yang pertama.
Nak tahu berapa banyak yang korang layak mohon? Check sini secara PERCUMA: Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan.
*Artikel ini diolah semula dari artikel “10 peraturan pinjaman perumahan yang perlu dipatuhi, menurut seorang bekas pegawai bank” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my.
**Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
