1. Sejarah & Profil Kredit
Korang mungkin tertanya-tanya apa itu profil kredit, tetapi sebenarnya, ia tidak berbeza dengan profil Facebook korang pun. Setiap tindakan kewangan yang korang ambil akan direkod dan dikesan oleh bank - termasuk pinjaman pelajaran korang.
Data mengenai sejarah kewangan korang yang telah direkodkan akan dikemaskini dan apabila digabungkan, ia menjadi profil kredit korang. Selalunya, pihak bank akan merujuk data ini apabila korang memohon pembiayaan atau kad kredit. Mereka akan memutuskan sama ada korang adalah 'risiko yang selamat' (jika korang dapat membayar balik atau tidak) dari maklumat yang disimpan yang termasuk:
- Sejarah pembayaran pinjaman dan kad kredit
- Jumlah hutang dan amaun yang terhutang
- Tempoh sejarah kredit dan banyak lagi
Sekiranya korang pernah mengalami kebankrapan, mempunyai rekod pembayaran lambat, atau permohonan pinjaman pernah yang ditolak sebelum ini, ia akan memberi impak negatif pada profil kredit korang.
Sebab itulah korang perlu mengambil langkah yang sesuai terlebih dahulu, seperti melangsaikan segala pembayaran lewat, sebelum korang mengemukakan permohonan pinjaman korang.
Tetapi, bagaimana hendak mengingati kesemua sejarah kredit? Korang mungkin tak tahu tetapi CCRIS dan CTOS telah merekodkan setiap profil berkaitan kredit yang pernah korang buat.
Korang boleh mengaksesnya dengan mudah - Apa yang diperlukan ialah mendaftar secara atas talian dan bayar fi untuk mendapatkan salinan sejarah kredit korang. Baca artikel kami, “Segalanya Yang Korang Perlu Tahu Tentang CTOS”, untuk belajar bagaimana untuk melakukannya sendiri!
2. Sejarah Pekerjaan
Korang tidak memerlukan kerja mewah, bergaji tinggi untuk mendapatkan pembiayaan. Walau bagaimanapun, apa yang korang perlukan adalah untuk membuktikan bahawa korang memperoleh gaji yang konsisten dan stabil dalam pekerjaan korang. Sebagai contoh, profil kredit korang akan nampak lebih baik kalau korang bekerja di syarikat selama lebih daripada setahun dan tak tukar pekerjaan korang setiap 3 bulan.

Untuk pengetahan korang, semua bank mempunyai had pendapatan minimum bulanan untuk mereka luluskan pembiayaan. Jadi, pastikan korang memeriksa sama ada gaji bulanan korang sememangnya layak untuk jumlah pembiayaan yang korangmahukan. Selain itu, ingatlah bahawa kesemua pihak bank mementingkan hitam dan putih. Pastikan korsang mendapat slip gaji yang sah dari majikan korang, walaupun majikan lebih suka membayar secara tunai!
3. Perbelanjaan
Jangan fikir kalau korangmemperoleh pendapatan lebih tinggi daripada biasa, korang secara automatik layak mendapat pembiayaan. Apa yang disemak oleh pihak bank adalah nisbah servis hutang atau lebih dikenali sebagai Debt Service Ratio (DSR). Dalam erti kata lain, bank ingin mengetahui berapa banyak yang korang tinggalkan selepas semua jumlah perbelanjaan korang dah ditolak. Dengan kaedah itu, mereka dapat melihat jika korang mampu untuk membuat pembayaran balik. Berikut adalah kaedah pengiraan DSR yang telah dipermudahkan:
DSR = Komitmen / Pendapatan
Peraturan umumnya ialah korang perlu memastikan DSR korang berada dalam sekitar 60-70%. Tetapi, perlu diingat bahawa kadar akhir yang sebenar akan diputuskan oleh pihak bank korang nanti.
Mari lihat contoh ini untuk memahami bagaimana ianya dikira. Katakan pendapatan korang adalah sebanyak RM6,000 sebulan; korang membelanjakan RM600 untuk pinjaman kereta, RM1,000 untuk pinjaman rumah, RM1,200 pinjaman pelajar, dan RM1,500 lagi untuk pembayaran balik kad kredit. Jumlah perbelanjaan korang ialah RM4,300.
RM4,300
_______ x 100% = 71.67%
RM6,000
Seperti yang korang lihat, DSR korang telah melebihi peratus yang disyorkan. Sekiranya korang mempunyai hutang yang berlebihan, bank mungkin akan melabel korang sebagai peminjam yang 'berisiko tinggi' dan tidak meluluskan permohonan pembiayaan peribadi
4. Simpanan dan Aset

Mempunyai simpanan dan aset seperti harta, stok, atau bon akan memberi lebih banyak peluang untuk korang mendapatkan permohonan pembiayaan peribadi korang diluluskan. Di mata pihak bank, korang boleh menanggung pembayaran balik pembiayaan peribadi korang sekiranya berlaku kerugian kewangan. Korang juga boleh diberikan kadar faedah yang lebih rendah dengan perbezaan sebanyak 0.05-0.1%. Ini boleh memberikan perbezaan yang ketara semasa membuat pembayaran bulanan korang sepanjang tempoh pembiayaan.
Apa yang boleh korang lakukan sekarang?
Kunci untuk mendapatkan kelulusan untuk permohonan pembiayaan peribadi korang adalah untuk merancang dan melakukan kajian menyeluruh. Untuk mempunyai profil kewangan yang baik selalunya akan mengambil masa bertahun-tahun. Sekiranya korang ingin mengetahui samada korang berada di landasan yang betul ataupun tidak, kami mengesyorkan korang untuk membuat perbandingan pembiayaan peribadi secara PERCUMA di Loanstreet.
Tambahan lagi, jika korang bekerja dengan kerajaan atau badan berkanun, korang boleh mendapatkan bantuan kewangan eksklusif sehingga RM150,000 dari Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) untuk kelulusan yang lebih pantas - dalam tempoh 2 hari bekerja. Di samping itu, mereka juga menawarkan kadar keuntungan serendah 6.65% p.a. (lebih baik daripada kadar purata industri iaitu sebanyak 8% p.a.).
Semoga berjaya!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: