Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

3 Perkara untuk Diketahui Sebagai Perancangan Persaraan pada Usia 30-an

BY Team Loanstreet

Updated 07 Jul 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Adakah korang tengah mengakhiri usia 20-an yang penuh liku-liku, di mana korang masih cuba membina kewangan yang kukuh – di mana korang sentiasa belajar dan bereksperimen. Kami pernah menulis artikel tentang benda-benda paling paling tak masuk akal yang orang buat dengan kewangan mereka pada usia 20-an, jadi kami pasti yang kebanyakan daripada korang sudah lebih matang tentang pengurusan kewangan.

 

Namun begitu, ada satu lagi perkara yang anda perlu fikirkan, nak lagi bila dah dekat umur 30-an. Semakin korang berusia, semakin besar risiko yang korang mungkin tanggung. Oleh itu, mari kita lihat senarai apa yang korang perlu tahu bagi menyediakan diri untuk hari tua.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1) Apa nombor korang?

 

Kami bukan nak mengorat tau! Apa yang kami maksudkan adalah sekiranya korang tahu berapa banyak yang diperlukan untuk bersara dengan selesa. Berdasarkan pendapat ramai, korang perlukan sekurang-kurangnya RM1 juta dalam simpanan pada umur persaraan minima iaitu 60 tahun.

 

Pakar kewangan yang lain berpendapat yang korang memerlukan 80% daripada perbelanjaan korang sekarang sebagai jumlah kira-kira buat belanjawan persaraan korang.

 

Namun demikian Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mempunyai sisi pandang yang lain kerana jumlah ini adalah berbeza-beza buat semua orang.

 

“Jika korang ada RM228,000 pada umur 55 tahun korang sepatutnya sudah ada cukup untuk mengeluarkan RM,1000 sebulan sehingga jangka hayat 75 tahun. Sama ada ianya cukup adalah terpulang kepada korang, berdasarkan belanjawan dan bagaimana korang mematuhinya. Sebab itulah bila kita bercakap tentang simpanan asas korang, ia bukannya jumlah yang korang mesti ada, tapi sebagai panduan kepada ahli kami supaya mereka boleh merancang kewangan masing-masing,” katanya.

 

Apa yang korang perlu buat: Sediakan belanjawan untuk mencatat berapa banyak perbelanjaan korang yang sekarang. Ia akan memberi korang gambaran kasar tentang kos sara hidup selepas korang berhenti berkerja, dan korang akan mampu mula menyimpan. Jangan lupa, perbelanjaan korang tidak semestinya berkurang selepas pencen, ada pesara yang mahu pergi bercuti lalu meningkatkan kos mereka.

 

Selain daripada itu, jangan terlebih berbelanja untuk perkara-perkara besar. Orang berusia 30-an biasanya terlibat dengan pelbagai peristiwa besar seperti perkahwinan, menerima cahaya mata, ataupun membeli hartanah yang pertama. Pertistiwa sebegini sememangnya sangat bermakna, namun pastikan korang juga sedar tentang keadaan kewangan korang terlebih dahulu sebelum menghabiskan kesemuanya sekali.

 

2) Sediakan porfolio persaraan korang

 

 

 

Persaraan bukanlah murah, namun korang tidak perlu terlalu risau jika korang sudah mula menyimpan. Timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour, menyarankan yang pengetahuan kewangan perlulah diutamakan, lebih-lebih lagi apabila 40% daripada rakyat Malaysia kini sudah bersedia untuk persaraan.

 

“Sesiapa yang menjalani hidup dengan membuat keputusan kewangan yang bijak berpotensi untuk menjadi lebih stabil dan juga meningkatkan taraf kehidupan, termasuklah sewaktu persaraan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang cukup, sesiapapun boleh hidup dengan selesa, menguruskan kewangan serta membantu mereka dalam mencapai matlamat kewangan mereka.”

 

“Seorang individu yang bijak dalam menguruskan kewangan adalah sedar tentang pentingnya perancangan kewangan jangka panjang dan akan mula menyimpan dengan aktif buat masa depan,” katanya, dalam ucapan di pelancaran modul ‘pengurusan kewangan untuk persaraan’.

 

Apa yang korang perlu buat: Ada tiga faktor utama yang menyumbang kepada portfolio persaraan korang: ia adalah simpanan peribadi, pengeluaran serta pelaburan KWSP. Sudah tentunya amalan yang bagus adalah menyimpan 30% daripada gaji korangsetiap bulan, namun berita baik adalah dua faktor pertama yang disebutkan tadi adalah dikira sekali sebagai simpanan.

 

Mula-mula sekali, pastikan yang korang sentiasa menyumbang kepada EPF, dan 11% akan terjaga secara automatik. Jadi apa yang korang perlu adalah menyimpan 19% lagi daripada gaji korang . Jika korang masih belum mula menyimpan, usia 30-an korang adalah masa yang sesuai untuk bermula! Jika korang ingin mengubah cara korang berbelanja, mulakan secara kecil-kecilan dan tingkatkan jumlah simpanan korang setiap bulan sehinggalah korang berpuas hati dengan jumlah tersebut.

Buat pelaburan, terdapat pelbagai plihan dalam persaraan untuk korang pilih. Antaranya adalah unit amanah, pelaburan stok, dan Skima Persaraan Swasta (PRS). Dua pelaburan pertama boleh memberi pulangan yang besar jika ada kenaikan harga dalam pasaran, manakala yang terakhir pula adalah sebagai tambahan, dengan keupayaannya untuk menghasilkan faedah buat korang.

 

3) Kaji kesemua pilihan insurans korang

 


Ramai orang yang mengambil mudah akan kesihatan mereka, nak lagi bila memikirkan mereka masih ada berdekad-dekad untuk hidup. Walaupun jangka hayat di Malaysia adalah 75 tahun (menurut statistik dari Kerajaan tahun 2024), ada kemungkinan yang sesiapa sahaja akan hidup lebih lama daripada itu.

 

Selain daripada inflasi, rakyat Malaysia haruslah menghadapi kos kesihatan yang semakin meningkat. Insuran Kesihatan Malaysia mengatakan yang harga rawatan meningkat dua kali ganda setiap tahun, iaitu peningkatan sebanyak 15% setiap tahun.

 

Daripada kumpulan fokus bersama persara yang dijalankan oleh BNM, situasi ini menjadi lebih jelas: sewaktu kecemasan (atau pembelian yang mahal), mereka terpaksa bergantung pada anak-anak ataupun menggunakan kad kredit.

 

Apa yang korang perlu buat: Lihat cara alternatif untuk menguruskan kos kesihatan korang pada hari-hari tua – contohnya dengan mengambil insuran jangka panjang atau insuran kesakitan kritikal. Yang pertama tadi adalah polisi yang menampung perbelanjaan di hari tua seperti khidmat bantu di rumah, perubatan atau penjagaan orang tua. Yang kedua adalah dasar untuk liputan mengenai masalah kesihatan kritikal.

Premium adalah berdasarkan usia dan kesihatan pemohon pada masa pembelian, jadi kalau korang masih muda dan sihat apabila korang mendaftar untuk polisi, biasanya ia akan lebih murah.

 

Start menyimpan dari sekarang! 

 

“Matlamat yang ditetapkan adalah separuh daripada perjalannya,” kata Zig Ziglar, dan umur 30-an mungkin masa yang paling sesuai untuk menetapkan matlamat persaraan korang. Jika korang ingin memastikan keselesaan di waktu perasaan, korang bolehlah bermula menjaga kewangan korang dengan serius dengan mengambil kira perancangan jangka panjang, tak lupa juga berhenti berbelanja dengan perkara-perkara yang hanya memberi kepuasan buat sementara waktu.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

BACA JUGAK:

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Mampukah Korang Jatuh Sakit di Malaysia?

Mampukah Korang Jatuh Sakit di Malaysia?

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

kad kredit, fraud, phishing, skimming, kecurian identiti

Cara Elak Penipuan Kad Kredit yang Kerap Berlaku di Malaysia