Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Risiko yang Akan Dihadapi Sebagai Penjamin

BY Team Loanstreet

Updated 24 May 2021




Admin nak tanya satu soalan - korang ada jadi penjamin untuk sesiapa tak? Usually lah, kita jadi penjamin ni untuk ahli keluarga/member rapat. Kalau kenal-kenal camtu je, memang tak lah - bukan dapat untung pun jadi penjamin (risiko ada lah!).



Kenapa berisiko? Teka siapa kena tanggung bayar hutang tu kalau peminjam tak boleh nak jelaskan? Penjamin lah kena tanggung (cam Fizo ni!) - dia kena bayar hutang orang lain. Tu pentingnya korang baca artikel ni dulu before setuju!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Kalau korang nak tahu, sesiapa je boleh jadi penjamin asalkan dia:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tak bankrap (kalau ya, camne nak bayar balik pinjaman)
  • Ada keupayaan mental untuk paham segala dokumen jaminan yang berkaitan
  • Terima jadi penjamin tanpa ada tekanan dari keluarga/member

P/s: Ada 2 jenis penjamin iaitu penjamin sosial dan bukan sosial. Untuk makluman korang, sosial disini bila korang jadi penjamin untuk tujuan pendidikan, perumahan dan kenderaan. Sebab-sebab lain cam pinjaman bisnes tu dikira penjamin bukan sosial lah.




Apa hak korang bila jadi penjamin?  

Kalau ikut website banking info, antara hak korang sebelum dan selepas sign perjanjian adalah:

  • Sebelum sign:
    • Dapatkan khidmat guaman sebelum korang sign kontrak (kena bayar lah tapi)
    • Request copy dan pahamkan segala dokumen yang berkaitan termasuklah surat/kontrak jaminan 
  • Selepas sign:
    • Tanya maklumat terkini cam baki tertunggak akaun peminjam (kena ada kebenaran dulu)
    • Boleh mintak peminjam selesaikan bayaran cepat so that korang boleh lepas dari jadi penjamin
    • Suruh peminjam bayar balik apa yang korang dah bayar ke institusi kewangan (if peminjam tak bayar)



Betul ke kalau peminjam tak bayar, kita kena bayarkan?

Yup, betul - cuma takdelah senang camtu je. Kalau dulu (ikut Akta Kebankrapan 1967), banyak penjamin kena serang kalau peminjam buat hal. Tapi, cara ni timbulkan masalah lain pulak - dari tahun 2007 sampai 2014, nak dekat 7 ribu penjamin sosial bankrap sebab diorang pun tak mampu nak bayar.

Sebab tu lah, gomen update akta tu. Takde lah penjamin je kena tanggung, padahal bukan salah diorang pun. Sekarang ni, pape, bank kena buat dulu kat peminjam - contohnya cam sita aset diorang ke apa untuk selesaikan hutang sebelum sita penjamin. 

Bukan apa, kerajaan tak nak lah bank terus cari jalan senang. Kalau bank nak buat pape kat penjamin, mesti kena ada dan tunjuk bukti yang diorang (bank) dah buat tuntutan yang sama kat peminjam tapi tak berjaya.  

Dengan pindaan akta ni pun, bank tak boleh nak bankrapkan penjamin sosial dah. Untuk penjamin bukan sosial, still boleh jatuhkan bankrap tapi depends on mahkamah. Kiranya, mahkamah kena rasa puas hati dulu dengan segala tindakan yang pihak bank dah ambik, baru diorang (mahkamah) consider.



Selain dari tu, apa lagi risiko jadi penjamin ni?

1. Skor kredit rosak

Lagi satu, rekod kredit korang pun akan terjejas. Tak kisah lah peminjam bayar on time ke tak - kalau lambat, lagi lah teruk. Bila rekod kredit tak berapa nak cantik, susah lah korang nak apply pinjaman/pelaburan nanti.

2. Aset boleh disita

Bukan tu je, aset korang akan disita dan dikawal oleh Jabatan Insolvensi untuk bayar balik hutang tu. Harap-harap cukup lah ya nak cover semua. 

3. Boleh muflis (penjamin bukan sosial)

Tak boleh nafikan yang risiko paling besar bila jadi penjamin ni adalah bankrap. Nak wat camne, bila dedua pihak tak mampu nak bayar - tu je lah caranya. Cuma, bank kena tunggu 6 tahun selepas tarikh hantar tuntutan pertama ke penjamin sebelum amik tindakan undang-undang. Tu pun kalau nilai hutang sama/lebih dari RM50 ribu (Akta Kebankrapan 1967). 

BACA JUGAK: Berapa senang nak diisytiharkan sebagai muflis?


 

Antara soalan yang konfem korang akan tanya nanti... 

Soalan: Penjamin kena tanggung tak kalau ada perubahan dengan jumlah kena bayar (peminjam mintak ekstra loan)?

Jawapan: Tak- nilai yang ditambahkan tu kena ada penjamin yang lain. Since jumlah pinjaman kan dah lain, kena lah ada jaminan yang baru. Kalau peminjam mintak jadi penjamin lagi, tapi korang tak nak, chill je - boleh tolak. 

Soalan: Camne kalau penjamin tetibe nak tarik diri dari kontrak?

Jawapan: Boleh je, takde masalah - institusi kewangan kena approve dulu. Diorang boleh bersetuju tanpa syarat atau kena ganti dulu dengan penjamin baru. Diorang pun boleh tak setuju melainkan peminjam dah bayar separuh atau dah setel hutang pokok. Siap boleh demand untuk bayar habis semua dulu - baru lepas! 

Soalan: Kalau ada di antara penjamin meninggal dunia, camne? Apa akan berlaku?

Jawapan: Kena tengok balik jenis jaminan - sama ada jaminan bersama atau jaminan bersama dan berasingan. Kalau jaminan bersama, tanggungjawab tu akan disambung oleh penjamin-penjamin yang lain. Tapi, kalau jenis jaminan bersama dan berasingan, waris penjamin yang meninggal dunia tu akan take over.




Apa-apa pun, paham dan semak kontrak jaminan tu betul-betul dulu

Selagi tak 100% clear, jangan sign walau satu dokumen pun. Kalau ada sesiapa push korang tuk sign, jangan layan. Lagi-lagi, kalau ada yang buat korang rasa tak sedap hati dari awal. Mungkin korang tahu yang peminjam ni memang tak mampu nak bayar balik atau jenis susah nak deal.

Jangan pulak korang jadi penjamin tanpa rela pastu buat tak tahu je. Nak tak nak, ada benda korang kena tahu - jumlah maksimum boleh jamin, terma dan syarat dia, dan paling penting sekali, siapa penjamin yang lain . Sekurang-kurangnya, korang aware - takde lah semberono je, ok?

Renung-renungkan.

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!