Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Eksiden Kereta? Ini 7 'Steps' Korang Kena Buat!

BY Nor Aziah

Updated 21 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
 

Kemalangan jalan raya ni memang isu yang takkan pernah surut. Beberapa tahun lepas, MIROS dah keluarkan statistik lebih 4,634 kematian berlaku sebab cuai ketika memandu kenderaan masing-masing. Kebanyakan kemalangan jalan raya ni berlaku sebab bawak kereta mabuk, hujan lebat, main handphone, langgar lampu isyarat dan lain-lain. Jika kita puratakan lebih 15 hingga 20 orang maut setiap hari dekat Malaysia ni! Takut!

Dengar bende camni memang boleh kecut perut takut jadi dekat diri sendiri, tak kesah lah eksiden kecik atau besar. Tapi, korang pernah tak terpikir apa nak kene buat lepas terlibat dengan kemalangan jalan raya ni? Sebab situasi tu tak pernah terjadi dekat diri sendiri kan, ilmu lepas accident ni penting sebab kalau tak peka korang ada risiko untuk ditipu atau ada masalah nak claim dengan syarikat insurans.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa nak kena buat lepas korang kemalangan?


1. Bawak bertenang dulu


Sumber imej: Carlist.my

Bila dah eksiden ni, mesti perasaan terkejut dengan panik tu bercampur sampai kepala kosong tak tahu nak buat apa. Bende pertama korang kene buat ialah tenangkan dulu perasaan terkejut korang tu. Bila dah kurang sikit rasa terkejut tu, check samada korang cedera atau tak. Kalau tak cedera atau cedera ringan je, cepat-cepat lah alihkan kereta ke bahu jalan. Nanti kalau stay tengah jalan takut terjadi kemalangan lain pulak selain nak elakkan korang halang lalu lintas.
 

2. Sentiasa pegang kunci kereta



Sumber imej: Neighbourhood Watch Victoria

Sebelum kuar dari kereta untuk setelkan hal kemalangan korang ni, pastikan sentiasa pegang erat kunci kereta korang. Jangan tinggal dalam kereta! Sebab apa? Nanti takut trak tunda atau ‘towing’ main angkut je kereta korang sebab nak buat duit. Kekadang kereta tak perlu towing pun depa memandai tarik dalam keadaan tengah kecoh. Jadi, nak elak kereta korang kene tunda tanpa kebenaran selalu pegang kunci kereta okay?
 

3. Ambik gambar untuk bukti kemalangan

 

Sumber imej: Ottoman

Ini bende penting korang kene ingat, pastikan korang snap segala maklumat supaya senang korang nak deal ketika nak buat report polis dan claim insuran. Antara bende penting korang kena snap gambar:

  • Gambar plat kenderaan
  • Warna, model dan tahun kenderaan
  • Nama pemandu, alamat dan nombor telefon
  • Lesen pemandu
  • Gambar saksi tempat kejadian dan nombor telefon


NOTA: Penting tau sume bukti ni, kalau korang cedera pun pastikan mintak tolong orang sekeliling dapatkan maklumat kat atas tadi!
 

Macam mana pulak kalau orang yang terlibat dengan kemalangan taknak bagi kerjasama?


Jika korang terlibat dengan kemalangan, korang ada hak untuk mintak maklumat pihak yang salah. Bende ni ada bawah seksyen 52 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Korang boleh buat report polis kalau pihak terlibat tanak bagi kerjasama.


4. Call syarikat insurans



Sumber imej: Mypt3

Call ejen insuran korang dan bagitahu secara detail pasal situasi korang. Ejen insurans tu akan bagi maklumat apa yang korang patut buat untuk memudahkan proses claim insuran nanti. Jangan tunggu lebih dari 7 hari untuk bagitau syarikat insurans! Selain tu, ejen insurans tadi akan sediakan trak tunda jika kereta korang damage teruk sampai tak boleh bergerak sendiri ke bengkel.


5. Pegi ke hospital jika cedera



Sumber imej: Kosmo Digital


Lepas dah selesai segala hal kat atas, bawak la diri korang tu ke hospital untuk rawatan. Tak kisah la korang cedera ringan je ke, pegi ke hospital untuk rawat apa yang patut sebab rekod korang ke hospital tu penting untuk proses report polis dan claim insuran. Jangan pulak korang eksiden harini, keesokkan hari tu baru nak pegi hospital. Sebab bende macam ni syarikat insurans boleh argue korang dapat kecederaan tu dekat tempat lain. Jadi, nak claim insurans kecederaan fizikal tu jadi susah dan rumit.
 

6. Buat report polis



Sumber imej: Carlist.my


Report dekat polis ni penting tau jika korang terlibat dengan kemalangan. Ingat, sila buat report polis dalam tempoh 24 jam lepas kemalangan. Korang akan dapat salinan laporan kes serta-merta atau tak lebih 3 hari waktu bekerja. Manakala keputusan kes pulak akan keluar 15 hari lepas eksiden.


Kalau lambat buat report, ada sesetengah pihak akan cuba pertikaikan kesahihan korang eksiden. Lagi-lagi untuk pihak yang salah dalam kemalangan tu, mereka boleh pertikai dan lari dari tanggungjawab untuk cover kos kerugian korang. Tambah pulak, kalau takde report polis, proses claim insurans pun turut jadi payah.
 

Saya takde lesen boleh ke buat report polis?


Boleh je, sebab denda serta saman yang akan dikeluarkan sebab takde lesen tu korang boleh dapat diskaun. Laporan polis tu lebih penting berbanding risiko kena saman sebab report polis tu boleh korang gunakan dekat pihak yang salah dalam kemalangan serta syarikat insurans.
 

7. Claim insurans


Dah buat report polis, boleh la korang buat tuntutan kerugian dengan syarikat insurans. Ada dua jenis tuntutan insurans kereta yang korang boleh buat iaitu:
 

Jenis Tuntutan Tuntutan Kerosakan Sendiri Tuntutan Kerosakan Pihak Ketiga
Apa tu?
Proses tuntutan kerugian atau kerosakan pada kereta korang daripada syarikat insurans korang sendiri.
Proses tuntutan terhadap syarikat insurans pihak lain jika kemalangan bukan berpunca daripada kesalahan korang.
Boleh tuntut apa je?

 

  1. Jika korang yang salah, boleh claim Kerosakan Sendiri
  2. Kalau korang tak salah, boleh claim Own Damage Knock-for-Knock (kaedah tuntutan insurans daripada pihak ketiga melalui syarikat insurans sendiri)
  1. Kerosakan pada kereta atau harta korang akibat kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pihak lain
  2. Kerugian kewangan yang lain seperti loss of uses.
Dokumen yang diperlukan
  1. Borang tuntutan yang lengkap.
  2. Salinan asal laporan polis.
  3. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu (pemandu dan pemegang polisi).
  4. Sijil pemilikan kenderaan.
  5. Gambar kejadian kemalangan 
  6. Dokumen polis bagi pihak yang dikompaun untuk kesalahan jalan raya
  7. Salinan asal laporan polis
  1. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu (pemandu dan pemegang polisi)
  2. Sijil pemilikan kenderaan
  3. Laporan adjuster (syarikat insurans)
  4. Bil kos baiki kereta korang
  5. Gambar kejadian kemalangan
  6. Dokumen polis bagi pihak yang dikompaun untuk kesalahan jalan raya.


Kalau boleh jangan setel tepi, mungkin boleh lagi rugi!

 

Sumber imej: iBanding

Tengok buat report polis ngan claim insurans ni macam banyak proses je, tu jadi trend pulak dekat Malaysia ni untuk setel tepi sesame korang yang terlibat dalam kemalangan tu. Lagi mudah katanya.

TAPI! Kene ingat, manusia ni tak sume hati jujur nurani. Ada yang eksiden langgar bontot kereta calar sikit je, tapi mintak ganti rugi sampai RM1,000 hingga ke RM2,000. Tambah lagi kalau eksiden melibatkan korang yang takde lesen. Lagi senang nak ketuk duit sebab ramai tak berani pegi balai buat report. Tak ke naya macam tu! 

Menarik: Boss, Berapa Harga Lesen Memandu Kereta & Motosikal?

Terlibat dengan kemalangan ni bukanlah satu bende yang kita mintak jadi dekat sendiri, tapi lagi elok kalau prepare awal nanti takde la menggelabah kan. Kalau bab eksiden ni mesti kait dengan insurans. Korang boleh tengok insurans kereta mana yang sesuai dengan korang kat SINI.

Hati-hati bila drive okay!

 

BACA JUGAK:

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!